Sunday, June 14, 2009

kita dan al-Quran

dan Allah berfirman...


sungguh, (al-Quran) itu benar-benar firman pemisah (antara yang hak dan yang batil), dan al-Quran itu bukanlah senda gurauan. [at-Tariq; 86: 13-14]


"bestnye mereka..boleh faham bahasa al-Quran.."
"tapi mereka faham bahasa..kalau xfaham isinya, xguna jugak kan.."


tiada alasan untuk kita nak fahami al-quran tu walaupun tak faham sangat bahasa arab..lebih-lebih lagi sekarang, banyaknya tafsir-tafsir yang ditulis dalam BM mahupun English..mudahnya didapati di kedai-kedai buku mahupun laman sesawang..tafsir zilal, tafsir al-wadhih, tafsir ibnu katsir, tafsir munir, dan tafsir-tafsir lain..yang dapat membantu kita lebih memahami ayat demi ayat dalam al-Quran..

penting ke nak faham ayat AQ ni??baca je tak boleh ke?baca je pun dapat pahala kan??

erm..betul,setiap huruf yang dibaca akan diberi ganjaran oleh Allah..namun andai AQ tu turun setakat untuk dibaca dan bukan difahami maksudnya,bagaimana mungkin Islam mampu tertegak..bagaimana mungkin iman para sahabat dapat dibentuk sehingga sanggup mengenepikan kepentingan diri,dan berkorban segalanya demi Islam..bagaimana mungkin kisah dan pengajaran umat-umat terdahulu menjadi pedoman kepada kita..banyak lagi sebab yang membuatkan ayat-ayat AQ bukan setakat dibaca, tapi perlu juga difahami..

AQ ni turun untuk kita kan..untuk difahami..so, macamana kita nak bagi rasa best bila baca AQ ni??

Sesungguhnya ia (al-Quran itu) benar-benar wahyu (yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia, dan ia (al-Quran) bukanlah perkataan seorang penyair. sedikit sekali kamu beriman kepadanya. [Al-Ma'rij;70: 40-41]

ayat-ayat dalam AQ bukan ayat yang direka manusia..tapi diturunkan oleh Tuhan sekalian alam..yang Maha Tahu keperluan hamba-hambanya..jadi macamana kita nak rasa AQ ni turun untuk kita??

kita mesti pernah dapat kad atau surat dari seseorang (kalau zaman sekarang email laa)..andai kita dapat surat dari seseorang, contohnya dari kawan yang kita sayang..kita punyalah excited bila dapat surat tu..disertai isi kandungan yang menyentuh hati..kita rasa sangat best..kenapa??

sebab kita tahu surat tu ditujukan untuk kita..dan isi kandungan dia memang ada kena mengena dengan kita..mesti best kalau kita ada perasaan macam tu bila membaca AQ..kita rasa setiap ayat tu turun dan specially dedicated untuk kita..kita rasa setiap isi kandungan tu ada kaitan dengan kita..

sampai pada ayat syurga, kita tahu syurga tu untuk kita..kita bayangkan keindahan dan kenikmatan syurga walaupun apa yang kita bayangkan hanyalah sekelumit dari realiti yang sebenar..dengan sungai madu dan sungai susu mengalir tenang..indahnya!

Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari syurga, mereka berkata "inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu." Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya. [al-Baqarah; 2: 25]

bestnya bila baca janji-janji Allah untuk hamba-hamba yang bertaqwa..bestnya syurga..tapi bila sampai pada ayat neraka, kita rasa neraka tu juga diciptakan untuk kita..betapa dahsyatnya azab yang tersedia..nanah dan darah menjadi minuman..kita sentiasa berusaha untuk menjauhi amalan-amalan yang membawa ke neraka..

Mereka memasuki api yang sangat panas (neraka), diberi minum dari sumber mata air yang sangat panas. Tidak ada makanan bagi mereka selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak menghilangkan lapar. [al-Ghasyiyah; 88: 4-7]

bila sampai ayat-ayat perintah, kita tahu perintah tu turun untuk kita..Allah suruh pakai hijab.. Allah suruh makan daripada makanan yang halal dan baik, Allah suruh kahwin kalau mampu, Allah suruh beri peringatan..dan lain-lain..

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. [an-Nur; 24: 31]

dan bila Allah cegah dari buat sesuatu, kita tahu itu adalah larangan untuk kita..

Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk. [al-Isra'; 17: 32]

kita rasa setiap ayat turun untuk kita..walaupun dalam terjemahan AQ, dalam kurungan ada nama Muhammad..memang setiap ayat AQ diturunkan pada Rasulullah saw tapi AQ ni masih valid hari ini dan diturunkan untuk kita juga sebenarnya kan..jadi apa kata, bila kita baca tu, kita rasa ayat tu untuk kita..

"Katakanlah (nama korang), "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. (al-Ikhlas; 112: 1)

mesti lagi mengena di hati dan terkesan bila kita gantikan dengan nama kita..kan???

lepas kita dah rasa AQ ni turun untuk kita, macamana nak baca dengan penuh penghayatan?kita dah letak nama kita..lepas tu macamana?

kita selalu baca buku kan..buku cerita or novel ke..yang buat kita rasa sangat best dan tak boleh berhenti baca..rasa nak habiskan hari tu jugak dan tahu apa kesudahan cerita tu..kalau baca novel (lebih-lebih lagi novel melayu), kita rasa macam kita salah satu watak dalam novel tu..siap nangis-nangis lagi masa baca..punyalah kita menghayati jalan cerita tu..alangkah indahnya andai kita dapat memasukkan perasaan tatkala membaca ayat-ayat AQ juga kan..

setiap ayat dihayati dan difahami maksudnya, lantas kita mengambil pengajaran dan mengingatkan diri sendiri serta memberi peringatan kepada orang lain..

oleh sebab itu berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat [al-A'la; 87: 9]

tak kira kita berada di mana pun, percayalah, ada orang-orang di sekeliling kita yang menanti-nanti untuk diperingatkan..ada orang-orang yang dahagakan kebenaran..cuma mungkin ada penghalang untuk mereka ketemu jalan kebenaran itu..kita mungkin boleh membantu untuk menyuluh mereka ke jalan kebenaran..namun andai hati kita sendiri gelap dan jauh dari cahaya AQ, bagaimana mungkin kita dapat menyuluh mereka dan memimpin mereka ke jalan yang haq???

hidupkan hati dengan ayat-ayat AQ..suburkan hati dengan memahami ayat-ayat Allah..moga hidup dan mati kita bukan sia-sia..

wallahu'alam~

Saturday, May 16, 2009

saya rindu

saya rindu saya yang dulu
ceria bersama mereka
riuh rendah, gelak tawa bersama
dan bila sedih,
muram dan tangis bersama

saya rindu mereka di sana
kerana di sini tiada mereka
walaupun ada yang lain
namun tak akan pernah sama

saya rindu pada mereka
yang menjadi warna-warna dalam kehidupan saya
pahit manis saya, mereka sentiasa ada
menjadi penyokong dan peneman saya

dan saya terus rindu
kerna mereka sentiasa ada dalam hati saya
dan hati saya masih di sana...

Plymouth
16mei2009
4.35pm

adik,maafkan kakak

Adik,
Maafkan kakak
Kerana pergi tanpa pesan
Meninggalkan kalian tanpa tinggalan
Betapa sungguh kakakmu ini pentingkan diri sendiri
Tanpa sejenak memikirkan perihalmu dik
.
Adik,
Maafkan kakak
Dulu kakak tidak berdaya berbuat apa-apa
Kakak tahu dan kakak faham apa yang perlu dilakukan
tapi kakak tidak benar-benar mengerti
Menjadikan kakak hanya dapat lakukan setakat yang termampu
Walaupun kakak sedar
Sebetulnya kakak mampu dan patut lakukan lebih dari itu
.
Adik,
Jangan sangka kakak telah melupakan mu
Walaupun kita jauh beribu batu
Dan tidak lagi bersua muka
Namun saat-saat yang kita luangkan bersama dulu
Sememangnya menjadi sesuatu sebagai kenangan
Dan kalian juga sering dalam doa dan ingatan
.
Adik,
Maafkan kakak
Andai dirimu hari ini bukan lagi diri mu yang dulu
Dan kakak tidak berdaya berbuat apa-apa
Hanya sekadar melihat dari jauh
Dan mendoakan yang terbaik untuk kalian
.
Adik,
tiada apa yang dapat kakak lakukan kini
Hanya kakak mampu berdoa
Agar kalian maafkan kesilapan kakak
Dan kalian terus diberi kekuatan
Dalam menjalani cabaran kehidupan ini
.
Adik,
Kesilapan ini cuba kakak tidak ulangi lagi
Agar hanya pada adik kakak bersalah,
Dan bukan pada insan lain lagi
.
Adik,
Maafkan kakak…
.
Plymouth
4.24pm
16mei’09

Sunday, April 26, 2009

saja nak bgtau

erm..nak tau satu kelemahan saya? (ada pula bagitahu kelemahan diri pulak??) tp xpe,nk bgtau jugak..satu kelemahan saya,sy xboley nk fokus byk2 bnda dalam satu masa..mungkin kalau terdesak,saya boleh cope dengan bnda tu..tp kalau ada pilihan,saya akan fokus pd satu2 bnda je..
jd..bila ada 2 blog,sy susah nk fokus pada dua2 blog nih..sy akan update satu blog je..kesian blog ni,agaknya merajuk ngan saya..huhu..
so,kalau nk baca entri2 saya,baca laa blog saya yg lagi satu.. :)
moga bermanfaat!

Wednesday, February 25, 2009

tulislah

~Tulislah! bukankah kita yakin dengan kepastian MATI?~

itulah yg tertulis pada sticker yg terlekat di komputer riba ini..namun apa yg telah aku tulis? sudah terkesan kah mereka dgn tulisan ku? adakah sekadar tulisan2 picisan sebagai mengisi 'masa lapang' ku???

dan aku terus berfikir...

Wednesday, August 20, 2008

kesulitan ini tidak bersendirian

bila hanya jalan buntu yang kelihatan di hadapan...

dan hanya ada 2 pilihan..

untuk buat atau tak buat apa-apa..

dan hidup memang untuk membuat keputusan..keputusan daripada pilihan yang ada...

apabila tiada siapa2 dapat membantu...hanya Dia. dan sememangnya tiap masa jua hanya Dia.. mintalah padaNya..

dan aku perlu menyempurnakan kerja 'penting' ini...agar kerja utama ku tidak terganggu...


* * *

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (94:6)

dan aku yakin!bersama kesulitan ini ada kemudahan...(biarpun ia belum kelihatan kini)

mode:fikiran yang kosong untuk menyiapkan tugasan

Sunday, August 3, 2008

hanya Dia yang tahu...

suatu malam yang tenang...

"Kak, boleh kahwin ke kalau tengah belajar kat sini?" tiba-tiba isu kahwin dibincangkan. Terpengaruh dek perbualan di ruang tamu rumah. Pintu bilik yang terbuka memudahkan perbualan di ruang tamu didengari dengan jelas.

"Boleh je" kakak menjawab ringkas.

"Tapi dalam perjanjian kata tak boleh, kan?" tanya si adik lagi. Adik-adik lain di dalam bilik kecil itu hanya mendengar. Mungkin juga menantikan jawapan si kakak.

"Oh. Boleh kahwin, tapi kena inform bahagian pentadbiran lah. Kalau kahwin, ok je. Yang tak boleh nya kalau mengandung. Sebab nanti susah kan kena ambil cuti dsb." bersungguh-sungguh si kakak menerangkan. Kemudian si kakak menyambung...

"Ada je senior yang dah kahwin. Tapi biasanya yang dah final year lah. Yang dah nak habis belajar." Si kakak menyertakan bukti bahawa tiada halangan untuk berkahwin ketika menuntut di situ.

"Oh. kalau final year tu, berapa umur diorang eh?" si adik tertanya-tanya.

"Erm.." si kakak mencongak-congak. Berfikir berapa umurnya, ditambah-tambah...

"23. Ha, betullah. 23 tahun." jawab si kakak dengan yakin.

"23? Mudanya!!!" respon adik2. Masing-masing dengan wajah terkejut dan tertanya-tanya.

"Muda ke? La..akak baru plan nak kahwin tahun depan." si kakak cuba berlawak. namun adik2 menganggapnya sebagai sesuatu yang serius dan betul2.

"Iye ke kak?"

"Akak dah bertunang ke?"

"Akak dah ada eh?"

"Jangan lupa jemput je lah tau"

Bertalu-talu respon adik2. Pening kepala si kakak hendak mengawal keadaan.

"Eh, tak adalah. akak main2 je. korang ni, takkanlah akak nak kahwin tahun depan." si kakak pening kepala dengan telatah adik2 yang comel2 belaka.

BERKAHWIN??? Bersedia ke untuk berkahwin? Yang bertanya ini pun tidak mampu menjawab soalan itu. Mungkin kerana belum tiba masanya lagi. Banyak perkara belum selesai. Berkahwin bukan semudah mengikat hubungan antara 2 insan. Namun ikatan hati yang dijalin adalah kerana Dia, dan yang pastinya punya kepentingan kerana perjuangan ini. Kalau tidak membawa manfaat kepada perjuangan ini, hubungan yang dijalin hanya akan sekadar menghalalkan hubungan antara 2 insan, dan sebagai memenuhi salah satu tahap kehidupan manusia..

teringat kata-kata seorang teman.

"kejarlah cinta-Nya. Jika merasa diri tidak cukup bersedia, jangan mengharap cinta manusia."

Tertampar diri ini tatkala pertama kali membaca ayat di atas. Fitrah manusia, kadang-kadang terlupa. Terlupa yang cinta Dia lebih utama. Namun tarbiyah dari-Nya meningatkan diri ini, mengejutkan diri ini dari terus terleka.

Apalah yang ada pada cinta manusia, jika cinta pada Dia pun entah bagaimana. Jika cinta manusia yang dikejar, hanya cinta manusia itulah yang akan dapat dikecapi. Namun jika cinta-Nya yang dikejar dan diharapkan, cinta manusia akan menyusul kemudian tanpa dipinta. Dan semua itu adalah dengan izin-Nya jua...

Bukankah Allah telah berjanji...

"Perempuan2 yg baik untuk laki2 yg baik, dan laki2 yg baik untuk perempuan2 yg baik..."(24:26)

Dan sungguh. Janji-Nya tidak pernah mengecewakan. Hanya pergantungan penuh pada-Nya yang dapat terus meneguhkan diri ini. InsyaAllah.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa." (25:74)

AMIN...