Wednesday, August 20, 2008

kesulitan ini tidak bersendirian

bila hanya jalan buntu yang kelihatan di hadapan...

dan hanya ada 2 pilihan..

untuk buat atau tak buat apa-apa..

dan hidup memang untuk membuat keputusan..keputusan daripada pilihan yang ada...

apabila tiada siapa2 dapat membantu...hanya Dia. dan sememangnya tiap masa jua hanya Dia.. mintalah padaNya..

dan aku perlu menyempurnakan kerja 'penting' ini...agar kerja utama ku tidak terganggu...


* * *

"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (94:6)

dan aku yakin!bersama kesulitan ini ada kemudahan...(biarpun ia belum kelihatan kini)

mode:fikiran yang kosong untuk menyiapkan tugasan

Sunday, August 3, 2008

hanya Dia yang tahu...

suatu malam yang tenang...

"Kak, boleh kahwin ke kalau tengah belajar kat sini?" tiba-tiba isu kahwin dibincangkan. Terpengaruh dek perbualan di ruang tamu rumah. Pintu bilik yang terbuka memudahkan perbualan di ruang tamu didengari dengan jelas.

"Boleh je" kakak menjawab ringkas.

"Tapi dalam perjanjian kata tak boleh, kan?" tanya si adik lagi. Adik-adik lain di dalam bilik kecil itu hanya mendengar. Mungkin juga menantikan jawapan si kakak.

"Oh. Boleh kahwin, tapi kena inform bahagian pentadbiran lah. Kalau kahwin, ok je. Yang tak boleh nya kalau mengandung. Sebab nanti susah kan kena ambil cuti dsb." bersungguh-sungguh si kakak menerangkan. Kemudian si kakak menyambung...

"Ada je senior yang dah kahwin. Tapi biasanya yang dah final year lah. Yang dah nak habis belajar." Si kakak menyertakan bukti bahawa tiada halangan untuk berkahwin ketika menuntut di situ.

"Oh. kalau final year tu, berapa umur diorang eh?" si adik tertanya-tanya.

"Erm.." si kakak mencongak-congak. Berfikir berapa umurnya, ditambah-tambah...

"23. Ha, betullah. 23 tahun." jawab si kakak dengan yakin.

"23? Mudanya!!!" respon adik2. Masing-masing dengan wajah terkejut dan tertanya-tanya.

"Muda ke? La..akak baru plan nak kahwin tahun depan." si kakak cuba berlawak. namun adik2 menganggapnya sebagai sesuatu yang serius dan betul2.

"Iye ke kak?"

"Akak dah bertunang ke?"

"Akak dah ada eh?"

"Jangan lupa jemput je lah tau"

Bertalu-talu respon adik2. Pening kepala si kakak hendak mengawal keadaan.

"Eh, tak adalah. akak main2 je. korang ni, takkanlah akak nak kahwin tahun depan." si kakak pening kepala dengan telatah adik2 yang comel2 belaka.

BERKAHWIN??? Bersedia ke untuk berkahwin? Yang bertanya ini pun tidak mampu menjawab soalan itu. Mungkin kerana belum tiba masanya lagi. Banyak perkara belum selesai. Berkahwin bukan semudah mengikat hubungan antara 2 insan. Namun ikatan hati yang dijalin adalah kerana Dia, dan yang pastinya punya kepentingan kerana perjuangan ini. Kalau tidak membawa manfaat kepada perjuangan ini, hubungan yang dijalin hanya akan sekadar menghalalkan hubungan antara 2 insan, dan sebagai memenuhi salah satu tahap kehidupan manusia..

teringat kata-kata seorang teman.

"kejarlah cinta-Nya. Jika merasa diri tidak cukup bersedia, jangan mengharap cinta manusia."

Tertampar diri ini tatkala pertama kali membaca ayat di atas. Fitrah manusia, kadang-kadang terlupa. Terlupa yang cinta Dia lebih utama. Namun tarbiyah dari-Nya meningatkan diri ini, mengejutkan diri ini dari terus terleka.

Apalah yang ada pada cinta manusia, jika cinta pada Dia pun entah bagaimana. Jika cinta manusia yang dikejar, hanya cinta manusia itulah yang akan dapat dikecapi. Namun jika cinta-Nya yang dikejar dan diharapkan, cinta manusia akan menyusul kemudian tanpa dipinta. Dan semua itu adalah dengan izin-Nya jua...

Bukankah Allah telah berjanji...

"Perempuan2 yg baik untuk laki2 yg baik, dan laki2 yg baik untuk perempuan2 yg baik..."(24:26)

Dan sungguh. Janji-Nya tidak pernah mengecewakan. Hanya pergantungan penuh pada-Nya yang dapat terus meneguhkan diri ini. InsyaAllah.

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa." (25:74)

AMIN...

Saturday, August 2, 2008

indahnya ukhuwah ini

sesungguhnya ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah..
sungguh..ukhuwah yg dijalin kerana-Nya sangat manis dan indah..Subhanallah.
tapi hakikat sebuah pertemuan, adalah perpisahan di penghujung jalan. walau apa pun sebab terpisah,namun pasti punya hikmah.dan Dia sebaik-baik perancang.

kerana indahnya ukhuwah ini,Dia telah mengilhamkan jari2 ini untuk menaip bait2 sajak ini di dalam hp, sebelum dialihkan ke dalam laptop..

ditujukan kepada sahabiah yg sama2 berjuang mencari redha-Nya, insyaAllah..
ukhuwah fillah abadan abada :)

Tiada Sendiri

Teman
Bertahun kita bersama
Membina tangga-tangga ke puncak jaya
Mengharungi lautan suka duka dunia
Dan tangan kita digenggam erat bersama
Mencoret kisah pahit getir perjuangan ini
Dan sungguh
Aku tidak pernah merasa sendiri

Tika ku lelah berlari
Kau hulurkan tanganmu
Memimpin agar aku tak terus rebah
Tersungkur jatuh dek kehinaan dunia
Dan kau tiupkan kata-kata azimat
Ayat-ayat pencipta yang Maha Agung
Sebagai penghibur lara ini
Buat penyembuh bengkak kecewa
Dan semangat ku pulih semula

Dan hari ini
Kita membawa haluan sendiri
Demi meneruskan misi suci
Biarpun lautan luas yang memisahkan
Kita pasti kan terus bersama
Kerana hati kita bertaut kerana-Nya
Dan suatu ketika nanti
Kita kan bersama semula
Bertemu dan tiada terpisah lagi
Di alam abadi yang dijanjikan-Nya
Dan saat itu aku tiada sendiri...
-julai 2008-

*ilham daripada Nya masa dalam kereta..
dihabiskan juga dengan izin-Nya di lembah pantai...

p/s: ummu,i'm waiting 4 u to recite this poem again..tu pun kalau sudi.. :p

apabila hati diketuk kembali

setelah lebih 2 bulan laman ini dibiarkan bersawang..
entah apa virus yg melanda diri sehingga terasa sangat berat untuk menulis hatta satu ayat di laman ini..sedangkan diri ini pernah berjanji akan terus menulis..dan menjadikannya sebagai satu ibadah..

banyak masalah yg menghalang..namun masalah itu sepatutnya tidak dijadikan alasan.. ingatan untuk diri sendiri..

moga diberi kekuatan untuk terus berjuang..walau dengan method apa sekalipun..

~Dan siapakah yg lebih baik perkataannya drpd orang yg menyeru kpd Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, "Sungguh, aku termasuk orang2 muslim (yg berserah diri)?"~ (41:33)

dan pena pun digerakkan...