Saturday, January 12, 2008

sabarlah sahabat

bagaimanalah agaknya andai aku yg diuji?
bagaimana agknya jika aku berada di tempatnya?
mampukah aku?tabahkah aku?kuatkah aku utk menghadapi dugaan-Nya??
benarlah...Allah x mmbebani seseorg mlainkan sesuai dgn ksanggupannya...
aku sdr,aku x sekuat n setabahnya dlm mghadapi dugaan...

sabarlah sahabatku yg diuji...wlaupun x prnah kita brtntang mata,apatah lg beramah mesra, tp aku pasti kita d jalan yg sama...jln mengharap keredhaan-Nya...insyaAllah.

hari itu,masa sahabat serumah ku bercerita, aku x dpt bayangkan bgaimana kalau aku d tmpat mereka?tp itu trhnti d situ sj...

tp hari ini,pabila aku mmbaca email ustaz mngenai detik2 penuh cemas itu, x dpt ku bayangkan kalaulah aku berada d situ pd saat itu...
ustaz bersedih..org lain juga bersedih...dan aku juga bersedih..

semoga Allah meredhai sgala usaha kalian...
dan kau sahabatku, berehatlah...semoga kau sntiasa dilindungi n dirahmati Allah...amin~

smoga dpt kita berjumpa satu hari nnti,ukhti emmy zalilah...salam ukhwah dr jauh..

Thursday, January 10, 2008

cerpen~

SEINDAH WAJAH SALINA

Malam ini, sekali lagi aku terjaga dari lenaku, diganggu oleh mimpi yang sama, mimpi yang sering berulang sejak kebelakangan ini.
“Tok..tok..”
Terpacul wajah ibu di muka pintu.
“Tira, tak tidur lagi? Esok ada kelas,kan?”
“Tira dah tidur tadi mak. Tapi...”
“Kenapa ni? Macam ada masalah saja mak tengok,” mak mula melangkah masuk, lantas duduk di sisiku. Aku serba salah. Perlukah aku menceritakan mimpiku itu pada emak? Mimpi itu hanya mainan tidur yang mungkin tidak membawa sebarang maksud pun.
“Tak ada apalah mak. Tira cuma mimpi saja tadi. Bukan ada masalah apa pun. Mak tak tidur ke?” aku cuba mengalih perhatian mak daripada terus bertanya.
“Belum lagi. Mak tunggu ayah, tak balik-balik lagi. Tadi dia telefon, cakap dah dalam perjalanan. Sekejap lagi sampailah tu agaknya.”
Sejurus kemudian, kedengaran suara orang memberi salam dari luar. Suara yang tidak asing lagi dalam hidupku.
“Dah balik dah ayah kamu. Tira pergilah sambung tidur,ya. Esok nak ke kelas lagi. Rehat cukup-cukup. Mak keluar dulu. Selamat malam,” mak meninggalkan bilik selepas mengucup dahiku. Kemudian pintu ditutup.
Selepas emak hilang di sebalik pintu, bayangan mimpi itu datang kembali. Mimpi bertemu dengan gadis bertudung putih itu sering mengganggu lenaku. Apabila cuba aku kejar gadis bertudung putih itu, dia hilang dalam sekelip mata. Aku hanya sempat menatap wajahnya sekali imbas. Wajahnya bersih, seperti bersinar dengan cahaya. Siapakah gadis bertudung putih yang sering muncul dalam mimpiku itu? Aku cuba menyambung kembali lenaku yang terganggu.
Namun bayangan gadis itu terlalu sukar untuk aku buang ke tepi. Lantas aku mencapai mp3 dan mendengar lagu-lagu kesukaanku. Perlahan-lahan bayangan itu semakin jauh dan tidak lama selepas itu, aku terlelap.

Keesokannya, aku cuba berkelakuan seperti biasa ketika di kelas walaupun hatiku sangat gelisah dan tidak tenang. Mujurlah hari ini hanya ada satu kelas yang perlu dihadiri. Sesudah tamat kelas selama dua jam itu, aku menuju ke kafetaria bersebelahan fakulti berseorangan.
Tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Bertaburan buku-buku dan kertas yang berada dalam genggaman. Pandangan yang daripada tadi tertumpu ke bawah aku arahkan ke atas, melihat gerangan siapakah yang aku langgar secara tidak sengaja itu.
“Minta maaf. Saya nak cepat tadi. Sebab tu jalan tergesa-gesa. Tak perasan pula saudari kat depan,” satu persatu kata-kata itu diucapkan dengan suara yang lembut.
“Eh, aku yang langgar kau. Kenapa pula kau yang minta maaf pada aku? Aku yang jalan tak pandang depan tadi. Berangan punya pasal lah ni,” aku cuba untuk mengawal rasa gugup dan malu terhadap dia.
Dia yang dari tadi sibuk mengutip buku-buku dan kertas yang bertaburan itu tiba-tiba memandangku. Dia menghulurkan senyuman yang paling manis pernah kulihat sepanjang hidup ini.
“Tak apa. Tak salah kan kalau saya minta maaf?”
Aku tatap wajah itu lama-lama. Seperti biasa kulihat wajah itu walaupun aku pasti, inilah kali pertama aku melihatnya di kampus ini. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang. Darahku mengalir dengan tidak tentu arah. Nafasku sesak seperti ditekup dengan bantal.
Dia...dia...dialah gadis bertudung putih yang sering muncul dalam mimpi-mimpiku.
“Kau...kau...” tanpa dapat kuhabiskan kata-kataku, aku terduduk di situ, tanpa memikirkan pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang.
“Eh, kenapa ni? Awak okey ke? Kenapa ni?”
Lantas dia menarik tanganku dan kami menuju ke kafetaria. Sengaja dia memilih tempat yang agak tersorok, jauh dari kebisingan para pelajar lain. Setelah dia meletakkan barang-barang di atas meja, dia menuju ke kaunter bagi memesan makanan. Sejurus kemudian dia kembali.
“Ni saya ada belikan awak nasi goreng dengan teh ais. Perut awak kosong agaknya. Tu yang tiba-tiba terduduk tadi,”
Aku diam tidak menjawab, hanya memerhatikan wajahnya. Lembut. Bersih. Bercahaya. Seperti gadis bertudung putih yang sering aku lihat dalam mimpiku.
“Kenapa pandang saya macam tu? Saya minta maaf sebab langgar awak tadi. Saya betul-betul tak sengaja,” rasa bersalah jelas kelihatan di wajahnya.
Aku terus diam membisu. Namun dia tidak putus asa untuk meneruskan perbualan.
“Saya Salina. Pelajar fakulti kejuruteraan tahun dua. Awak?”
“Aku...erm...saya...saya Athirah. Boleh panggil Tira. Fakulti perniagaan tahun dua jugak.”
“Oh..Eh, makanlah dulu. Nanti sejuk pulak nasi tu.”
“Kau tak makan sekali ke? Err...maaf. Awak tak makan sekali ke?”
“Tak apa. Baru je makan tadi.”
Tanpa banyak bicara, aku mula menikmati nasi yang terhidang di depan mata. Sesekali aku mencuri pandang melihat wajahnya. Tidak salah lagi, dialah gadis bertudung putih yang sering muncul dalam mimpiku.
“Tira, boleh saya tanya awak sesuatu? Kenapa tadi bila awak nampak muka saya, awak macam terkejut? Macam ada sesuatu dalam fikiran awak,” pertanyaan itu memecah kesunyian di antara kami.
Aku membiarkan soalan itu dibawa pergi angin petang yang bertiup lembut dan indah. Seindah wajah Salina. Setelah melihat wajahnya yang mengharap jawapan daripadaku, aku mula bersuara.
“Kalau saya cerita, mesti awak tak percaya,” aku cuba menuturkan kata-kata, meskipun gelisah menyelubungi diri.
“Apa dia? Ceritalah dulu. Kalau tak cerita, macam mana saya nak tahu?”
Lalu aku ceritakan mimpiku padanya. Mimpi yang bukan hanya sekali. Ku lihat raut wajahnya tenang dari mula aku bercerita sehingga aku kehabisan kata-kata.
“Saya percaya cerita awak. Saya yakin awak tak berbohong. Walaupun kita tak pernah berjumpa, ikhlas saya katakan, pertama kali melihat awak tadi, rasa macam sahabat lama je,” dia bercakap sambil tersenyum.
Kemudian kami bercerita panjang, berkenalan dengan lebih mesra dan bertukar-tukar cerita.
“Kalau awak pakai tudung putih, mesti lebih sama macam dalam mimpi saya tu,” aku memulakan perbualan ketika kami di dalam bas untuk pulang ke rumah.
“Saya tak pernah pakai tudung putih sepanjang hidup saya,”balasnya.
“Betul ke? Takkanlah. Masa sekolah dulu ke? Masa pergi sukan ke?”
“Malu saya nak cerita.”
“Kenapa? Ceritalah. Nak jugak saya dengar cerita awak.”
“Sebenarnya, dulu saya tak pernah pakai tudung masa di sekolah. Sampai habis sekolah. Tak pernah sekali pun saya bertudung,” kata Salina sambil menundukkan wajahnya.
“Biar betul? Susah saya nak percaya bila tengok awak sekarang, sopan dengan bertudung labuh,”
Kemudian Salina bercerita kisah hidupnya. Walaupun disuruh oleh kedua ibu bapanya untuk bertudung, tetapi dia tetap tidak mahu, dengan alasan kerana bersekolah di sekolah harian perempuan. Walaupun puas dipujuk oleh ibu dan kakaknya, dia tetap tidak mahu. Sehinggalah dia menjejakkan kaki di universiti ini. Dia tetap tidak mahu bertudung.
Baginya, apalah penting sangat perlu bertudung, asalkan amal ibadatnya dijaga dan hatinya dididik dengan baik sudah mencukupi. Salina juga sering mengutuk di dalam hati apabila melihat perempuan yang bertudung tetapi berpakaian ketat atau yang berlengan pendek. Lebih teruk lagi perempuan yang bertudung tetapi kain terbelah hingga ke peha.
Itu semakin menjauhkannya daripada keinginan untuk bertudung. Dia selesa dengan caranya. Walaupun dia tidak bertudung, tetapi pakaian yang dipakai mestilah longgar. Sehinggalah suatu hari itu...

* * *

“Kak Mir, saya teringin nak pakai tudung. Tapi…”
“Alhamdulillah. Akhirnya terbuka juga hati Salina untuk bertudung. Tapi apa masalahnya?”
“Saya…saya takut kalau saya tak dapat istiqamah memakai tudung nanti. Dan saya tak nak jadi macam perempuan zaman sekarang yang pakai tudung, tapi aurat lain tidak dijaga.”
“Salina, perasaan yang Salina rasakan tu hanyalah bisikan syaitan. Syaitan memang akan sentiasa membisikkan rasa was-was pada kita apabila kita nak lakukan perkara kebaikan. Apatah lagi bila kita nak laksanakan tuntutan syariat, lagilah syaitan tu hasut kita, tak nak bagi kita peluang membuat kebaikan.”
“Tapi kak, saya sentiasa dihantui perasaan bimbang dan berbelah bagi untuk memulakan memakai tudung ni.”
“Salina kena nekad untuk membuat sesuatu perkara. Apatah lagi untuk melaksanakan suruhan Allah, seperti yang disebut dalam surah al-Ahzab ayat 59 dan surah an-Nur ayat 31 yang jelas menunjukkan perintah untuk menutup aurat. Kalau dah tertulis dalam al-Quran, maknanya benda ni bukan main-main. Memang tiada siapa, kecuali Allah yang menyuruhnya.”

* * *

“Akhirnya, dengan taufiq dan hidayah-Nya, saya bertudung. Ternyata sangkaan saya selama ini bahawa cukup dengan amalan yang dijaga dan hati yang dididik dengan baik sudah mencukupi. Kejahilan saya masa tu menutup pintu hati saya daripada melihat benda ni dari sudut yang berbeza. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk berubah. Tak tahulah macam mana agaknya kalau saya mati dalam keadaan tak sempat berubah masa tu.”
Menitik air mataku mendengar cerita Salina. Malu pada diri sendiri. Aku yang mula pakai tudung ketika darjah empat ini, adalah seperti perempuan yang digambarkan Salina. Memakai tudung, tetapi berlengan pendek. Kadangkala berseluar ketat.
“Saya pula rasa malu pada awak. Saya ni, nama je pakai tudung dah lama, tapi pakai tudung pun belum cukup sempurna. Belum dapat hidayah kot,”
“Tira, kadang-kadang kita kena cari hidayah tu. Baru dia datang pada kita. InsyaAllah, kalau kita berusaha untuk berbuat kebaikan, Allah akan tunjukkan jalan tu pada kita nanti.”
Sejuk hatiku mendengar kata-kata Salina. Petang itu aku berpisah dengan Salina ketika bas berhenti betul-betul di hadapan rumahku. Sempat kami bertukar-tukar nombor telefon bimbit agar mudah untuk berhubung kelak.
Seminggu aku tidak bertemu dengan Salina. Seminggu itu juga aku hidup dalam kegelisahan. Memikirkan apakah wajar tindakan yang akan aku ambil nanti. Berkali-kali aku membuka tafsir Al-Quran yang telah sekian lama tersimpan dalam almari. Berkali-kali juga aku membaca buku-buku yang baru aku beli. Akhirnya aku nekad. Sesuatu mesti dilakukan. Akhirnya pada hari itu, ketika aku ingin keluar rumah untuk ke kelas...
“Tira. Tira ke ni? Manisnya anak mak bertudung labuh macam ni. Tak macam selalu. Diam-diam je ye beli tudung baru. Kalau mak tahu, boleh mak kirim sekali. Siap dengan stokin lagi. Anggunnya anak mak hari ni. Tapi, harap-harap bukan hari ni saja ye.”
“InsyaAllah mak. Tira akan berusaha supaya segalanya tidak hanya berhenti setakat ini. Mak doakan Tira ye. Tira pergi dulu mak. Dah lambat ni.”
“Iyalah. Jalan baik-baik.”
Petang itu, aku duduk di meja yang sama ketika bersama Salina dulu sambil menikmati segelas teh ais. Tiba-tiba aku disapa dari belakang.
“Assalamualaikum, Cik Athirah”
“Eh, Salina. Waalaikumsalam. Macam tahu-tahu saja Tira ada kat sini.”
“Mestilah tahu. Awakkan sahabat saya”
“Duduklah. Hari ni saya belanja awak okey. Hari tu awak dah belanja saya makan, kali ni giliran saya pulak.”
“Saya tak nak makan. Minum je.”
“Okey. Nak air apa? Saya belikan.”
“Teh ais.”
Lantas aku berlalu memesan air seperti yang diingini Salina. Ketika aku berjalan semula ke meja, Salina memandangku dengan senyumannya yang manis itu. Senyuman yang tiada tolok bandingannya.
“Kenapa senyum macam tu? Nasib baiklah saya ni perempuan jugak, kalau tidak mesti terpikat dengan senyuman awak tu.”
“Saya suka tengok awak macam ni. Baru seminggu tak jumpa, awak dah nampak lain. Tapi saya suka awak yang macam ni. Lebih ayu dan anggun gitu”
“Ada-ada saja awak ni. Tapi saya tak seanggun gadis bertudung putih dalam mimpi saya tu.”
“Ha, bercakap soal mimpi, mimpi tu masih mengganggu awak lagi ke?”
“Mimpi tu ada lagi, tapi wajah perempuan dalam mimpi tu lebih jelas. Dan itu merupakan mimpi yang paling indah dan menjadikan lena saya lebih bererti.”
“Baguslah kalau macam tu.”
“Salina, saya bersyukur sangat dapat berjumpa dengan awak. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi jadi sahabat saya. Banyak lagi yang perlu saya belajar daripada awak. Kalau ada salah silap, tolonglah tegur ya.”
“InsyaAllah, apa yang termampu saya akan tolong. Kita patut saling mengingatkan antara satu sama lain. Saya ni pun hanyalah seorang insan biasa yang banyak kelemahannya. Terima kasih juga sebab sudi terima saya sebagai sahabat awak.”
“Sebagai tanda terima kasih saya pada awak, terimalah pemberian saya yang tak seberapa ni,” kataku sambil menghulurkan sebuah bungkusan kecil kepadanya.
“Eh, macam dah janji saja nak tukar hadiah. Saya pun ada sesuatu untuk awak. Ni dia,” sebuah balutan pula dihulurkan padaku.
“Boleh saya buka sekarang?”tanya Salina. Aku hanya mengagguk.
“Cantiknya tudung ni. Tudung putih yang tak pernah saya jumpa sepanjang hidup saya. Terima kasih Tira.”
“Sama-sama. Terima kasih juga untuk buku ni.”
Petang itu kami pulang dengan perasaan yang sedih untuk berpisah dengan seorang sahabat walau sehari cuma. Namun apa yang lebih penting, persahabatan ini akan terus mekar dalam doa-doa kami walaupun tidak dapat kami ketemu setiap hari.
wawawa...lamanye x tulis blog ni.nyway, i'm having a problem to write n post blogs..b4 ni ada laa 2 or 3 times i have already wrote sth, but then i decided to erase n of course la not to publish it..prnah suarakn this prob to 1 of my sahabat..the she said that, kalo nak tulis, tulis je..jgn fikirkan ttg apa yg readers kita fikir..kalau fikir cmtu,mmg smpai bebile aa xkan tertulis...
yeah..that's true.we tend to think what other's think about us..n sometimes kite terlebih pikir of what others think smpai kite x dpt buat n btndak as what we wish n think..
so,rasanye blog ni kalo dibiarkan lame2 x bertulis, mau berkarat...so kna jugak mula blk utk tulis sth..dah laa nk ckp n b'kata2 x pndai...xkan aa nk tulis sth pun susah kan..
xde bnda yg susah melainkan kita yg buat bnda tu susah..sesusah mana pun sesuatu tu, buat je! just do it!! :)