Saturday, May 3, 2008

setapak melangkah

bagaimana agaknya ingin menghasilkan bahan bacaan yg baik dan bermanfaat?pastinya banyak usaha dan pengorbanan yg dituntut.melihat para ulama dan sasterawan dulukala,bukan calang2 buku yg ditulis.dan bukan sedikit jumlahnya.jika difikirkan,apa yg mereka ada pd zaman itu?hanya kertas,dakwat cair dan berus.atau mgkin apabila zaman semakin maju,pen sudah pun wujud.namun apa yg pastinya,hasil tulisan mereka sgt hebat.sesuai dgn zaman itu.di mana zaman kehebatan islam menguasai 2/3 dunia.

hari ini,apa yg kita ada?cuba namakan.bermula dengan mesin taip,komputer,laptop,dan apa pula akan muncul selepas ini.tp yg pastinya semakin banyak kemudahan yg tersedia di depan mata.kewujudan alat-alat elektronik ini sepatutnya mampu menggerakkan lebih banyak tangan-tangan yang akan menulis lebih banyak hasil penulisan yang bermanfaat.mengapa perlu hasil penulisan yang bermanfaat?apa yg begitu penting?untuk melahirkan generasi yg hebat,sudah tentu bahan bacaannya hebat-hebat belaka. bukan sekadar bahan bacaan picisan yang langsung tidak dapat membentuk jati diri dan membangun minda.namun itulah realiti hari ini,lebih ramai yang tertarik dengan bacaan picisan, dan lebih mengetahui sejarah artis2 pujaan berbanding sejarah kegemilangan umat terdahulu.


mungkin ramai yg tidak menyedari hakikat bahawa menulis bukanlah hanya sekadar utk suka-suka,tetapi menulis kerana itu adalah salah satu tugas dlm menyampaikan risalah.jangan lupa,menulis juga kan bisa menjadi ibadah,jika dilakukan semata-mata kerana Dia.lalu,apalagi?bangkitlah!!mari kita sama-sama mempertajam minda dan mengasah kebolehan dalam menulis.

tentunya untuk menghasilkan sesuatu yg bagus tidak semudah menulis dalam masa sehari dua.tapi dengan keazaman dan kesedaran yg ada,segalanya bukan menjadi halangan.

*mengajak diri sendiri dan teman2 semua utk terus menulis...

menulis+kerana Allah=ibadah

No comments: