Saturday, May 24, 2008

semangat juang+tidak menyerah

hari ini terbaca satu artikiel bertajuk 'Aceh akan Peringati Seabad Wafatnya Pejuang Muslim Cut Nyak Dhien' di hidayatullah.com

teringat tatkala menonton filem cut nya dhien tidak lama dulu.tidak merancang pun utk menontonnya hari itu. tiba2 sj teman sebilik memasangnya.apalagi,duduk lah tumpang sekaki. teman-teman seperjuangan ramai yg telah menontonnya.rasa rugi pula kalau tak menonton cerita ini.pasti ada sesuatu yang hebat tentang cerita ini..

pada awalnya tidak begitu memahami cerita dan mesej yg ingin disampaikan.hanya melihat cerita itu seperti cerita-cerita perjuangan yg lain. berjuang mempertahankan tanah air daripada penjajahan kuasa asing..ala2 cerita bukit kepong tatkala polis tanah melayu bejuang melawan komunis, cerita leftenan adnan yg memaparkan perjuangan tentera pimpinannya melawan tentera jepun, dan beberapa kisah perjuangan lain.

namun selepas tamat cerita cut nya dhien itu, timbul satu semangat baru. bukan semangat utk berjuang secara gerila.bukan.tetapi semangat utk mencontohi semangat juangnya yg tidak berhenti berjuang walaupun usianya yg telah lanjut dan kesihatan yg semakin menganggu.

dia begitu jelas dgn apa yg dijuangkan.dan dia begitu yakin dgn setiap lgkah yg diambil. sehingga walaupun dia kelihatan lemah tidak berdaya, pengikut2nya masih tetap setia dan sayang kepadanya. mungkin semangat itulah-semangat juang yang tiada berpenghujung itu harus diteladani.dr semangat yg tinggi,akan disusuli dgn usaha yg bersungguh-sungguh..

seterusnya,keazaman cut nya dhien utk tidak menyerah kalah walaupun ketika itu pengikutnya hanya berapa orang jika dibandingkan dgn jumlah tentera belanda.dia tetap dgn pendiriannya.kafir2 itu mesti diperangi!begitulah kita semestinya,x mudah tunduk pd dunia dan kesenangan yg menggoda kita.kita punya pendirian dan pegangan yg kukuh..

tatkala menonton cerita itu juga,tergambar di fikiran ini seorang ustazah yg mgkin sudah menjangkau lebih usia 60an..sy lihat dia seperti cut nya dhien.yg berjuang tanpa mengenal titik akhir.titik akhir nanti hanyalah kematian.sungguh,smgt dan kata2nya membakar jiwa2 muda yg baru mengenal jalan ini..

dan salah satu ungkapannya yg x dilupakan,usia 55 tahun bkn lah usia utk kita pencen. jika siti khadijah dulu, pada sekitar usia itulah Islam datang menerangi. dan kita,pada usia itu,bkn masa utk beristirehat bersama keluarga,menghabiskan sisa2 masa tua,tetapi tetap berjuang, dan meneruskan usaha2 para nabi junjungan dlm menyebarkan cahaya kebenaran kepada semua.

*entah berkesempatan atau tidak utk terus bernafas pd usia spt cut nya dhien.andai masih bernafas,adakah akan terus berjuang atau larut dlm kesenangan dunia?

artikel boleh dibaca di:
http://hidayatullah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6880&Itemid=65

1 comment:

Arifah said...

Salam. Ini siapa ya? Ini Arifah.